Baru-baru ini saya telah terjumpa satu artikel yang sangat menarik, di mana ianya terbitan Harian Metro keluaran hari Khamis, 30 Disember 2010.
Tajuk utama artikel tersebut adalah "Tahun Kesedaran Kesihatan 2011". Agak² nya, apakah kaitan tajuk utama dengan itu dengan NCD? Sememang kaitannya ada, dan sangat penting!.
Dimaksudkan NCD adalah singkatan kepada Non-Communicable Diseases atau diterjemahkan ke dalam bahasa, bermaksud Penyakit Tidak Berjangkit. Oleh itu, bertepatan dengan tajuk utama, pihak kementerian kesihatan malaysia(KKM) berusaha membendung penularan NCD yang dikatakan semakin meningkat. Saya petik semula kata² dari Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di mana menurut beliau Penyakit Tidak Berjangkit ini, membawa masalah yang serius termasuk menjejaskan produktiviti serta menambahkan beban kewangan rakyat dan kerajaan.
Memang betul lah kan, bila kita menghidapi sebarang penyakit, sudah tentu kita memerlukan kos bagi merawatnya. Walaupun jika kelihatan kos itu kecil, namun jika berlarutan.. dan makin lama makin lama.. anda pun tahu kan, apa akan jadi dengan kos rawatan.
Ok, dah tahu apa itu NCD. Kita lihat pula penyakit yang dikategorikan di dalam NCD ini. Antara penyakit NCD ialah penyakit karidovaskular, kanser, diabetes(kencing manis), hipertensi(darah tinggi), obesiti, strok dan sakit paru².
Kenapa KKM memberi tumpuan terhadap NCD ini?
Ikuti dalam posting saya seterusnya..
;)